Industri Asas Tani

Program ini bertujuan untuk membangunkan industri kecil dan mikro berasaskan pertanian sebagai satu usaha mempelbagaikan aktiviti pertanian bagi meningkatkan pendapatan petani dan penduduk luar bandar serta keluarga mereka.Program ini memberi tumpuan kepada pembangunan asas tani dan lain lain aktiviti hiliran.
Program ini dirancang khusus untuk masyarakat tani luar bandar terutamanya ahli kumpulan pengembangan wanita(KPW),di mana terdapat bahan bahan mentah yang boleh dijadikan untuk aktiviti aktiviti hiliran.
Jabatan Pertanian berhasrat untuk meningkatkan pendapatan pengusaha di bawah bimbingan supaya melebihi RM 1000.00 bersih sekeluarga sebulan.,Ini akan dilakukan melalui pendekatan meningkatkan kualiti produk serta produktiviti.Pengusaha yang kini bertaraf mikro dan kecil ditingkatkan supaya menjadi enterprise kecil dan sederhana atau lebih tinggi.

 Cetak  Emel