Pusat-pusat Pertanian

Pusat Pertanian Bukit Bintang
Ladang Mempelam Harumanis
Latarbelakang

  • Pusat Pertanian Bukit Bintang telah dibangunkan dalam dua fasa. Pusat Pertanian Bukit Bintang I telah dibangunkan pada tahun 1984 seluas 34 hektar dan Pusat Pertanian Bukit Bintang II pada tahun 1998 seluas 26 hektar menjadikan jumlah keluasan 60 hektar.
  • Keluasan bertanam 44 hektar termasuk pokok yang matang dan pokok tanaman baru.
  • Pusat Pertanian ini juga melaksanakan latihan secara “hands on” kepada pegawai, petani, pekerja ladang dan pengusaha ladang mempelam mengenai semua aspek pengurusan ladang mempelam dan pengendalian lepas tuai.
  • Pengurusan tanaman mempelam adalah berpandukan Manual Amalan Pertanian Baik (GAP) Tanaman Mempelam yang telah dibangunkan oleh Jabatan Pertanian. Ia juga telah diiktiraf oleh Jabatan Pertanian dengan mendapatkan sijil SALM.
  • Pusat ini diuruskan oleh seorang Penolong Pegawai Pertanian (G27) dengan dibantu olih seorang Pembantu Pertanian Kanan (G22). Kerja-kerja ladang dilaksanakan secara kontrak dan asas pembayaran kerja adalah secara “task” atau harian.
  • Kemudahan dan infrastruktur adalah seperti bangunan pejabat, surau, stor, pusat pengumpulan hasil, pagar keselamatan, jalan ladang, jentera dan mesin ladang serta sistem pengairan elektrik.


Fungsi-fungsinya:

  • Merancang, menyelaras dan menilai pembangunan pusat-pusat pertanian.
  • Merancang, menyelaras, melaksana dan menilai program pusat kecemerlangan, tanaman mempelam dan anggur.
  • Menyediakan dan membekal hasil tanaman berkualiti.
  • Memberi khidmat perundingan.
  • Sebagai tempat rujukan dan hand’s on pelbagai komoditi.
  • Sebagai tempat mengenal pasti dan menilai varieti tanaman baru.


Aktiviti-aktiviti Pusat Pertanian Bukit Bintang
Ladang Mempelam Harumanis.

1. Pembangunan Pusat Pertanian

  • Merancang dan melaksanakan pembangunan pusat.


2. Pembelian input dan kemudahan infrastruktur.

  • Peralatan ladang untuk pengurusan kerja..
  • Kemudahan infrastruktur seperti jalan ladang, kolam dam pam elektrik.


3. Pengurusan kerja

  • Peringkat selepas mengutip hasil
  • Penjagaan bunga, putik dan buah.
  • Pengendalian lepas tuai


4. Pusat kecemerlangan - Demonstrasi

  • Penggunaan dan penyelenggaraan Mesin Sprayer Arbus daripada Syarikat ACM.
  • Struktur Pelindung Hujan kerjasama daripada UNIMAP.
  • Pakej teknologi penjagaan mempelam ( 1 plot ) kerjasama daripada MARDI.


5. Pemasaran

  • Musim jualan mempelam harumanis – Pusat jualan runcit untuk orang ramai.
  • Jangkaan jualan pada bulan Mei 2011.


Taman Anggur
Latar belakang.

  • Keseluruhan kawasan yang dibangunkan sebagai Taman Anggur di bawah jabatan pertanian Negeri Perlis adalah seluas 22.9 hektar dengan keluasan bertanam 9.49 hektar.
  • Taman Anggur Perlis ini di bawah seliaan pegawai penjaga Pembantu pertanian kanan, Jabatan Pertanian Negeri Perlis.
  • Jenis varieti yang di tanam adalah IAC, Black Opal, Black Queen, Loose Perlette, White Malaga, Pok dam dan Cardinal.
  • Pakej teknologi seperti tanaman di bawah struktur berbumbung dan bekalan benih anggur yang berkualiti di perolehi di Negara Thailand.


Objektif:

  • Mengujudkan destinasi pelancongan bersumberkan pertanian (agropelancongan) di negeri perlis.
  • Sebagai pusat pembelajaran/pakej teknologi dan pengetahuan dalam pertanian khususnya tanaman anggur sambil melancong dan melawat ladang
  • Tempat istirehat dan riadah pelancong.

 

 Cetak  Emel