Pakej Rancangan Ekonomi (PRE)

PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI (PRE) TAHUN 2009 – 2010
Projek Rangsangan Ekonomi (PRE) adalah bertujuan untuk merangsang ekonomi Negara disamping membantu para peserta khususnya dalam menjana pendapatan serta taraf hidup. Bagi Jabatan Pertanian terdapat 2 projek PRE yang diselia di bawah Jabatan iaitu Projek Pembangunan Tanah Terbiar (ACDA) dan Projek Pembangunan Industri Kelapa.

Projek Pembangunan Tanah Terbiar (ACDA)
Pada tahun 2009, peruntukan sebanyak RM15,040,200 (termasuk Sabah & Sarawak) telah diterima oleh Jabatan Pertanian untuk membangunkan tanah terbiar di 151 lokasi dengan keluasan 1,465.7 hektar.
Pada tahun 2010 pula, peruntukan sebanyak RM15,959,800 telah diberikan iaitu RM6,059,800 diperuntukan bagi semenanjung dan RM9,900,000 bagi negeri Sabah dan Sarawak. Pada tahun ini juga semua negeri mendapat peruntukan bagi projek ACDA kecuali negeri Selangor dan Pahang.
Bilangan projek adalah sebanyak 260 projek yang melibatkan 1,149 peserta iaitu 293 peserta bagi semenanjung dan 856 peserta bagi Sabah dan Sarawak. Jumlah keluasan bagi Projek ACDA adalah 1,443 ha iaitu 549 ha untuk semenanjung dan 894 ha untuk Sabah dan Sarawak.
Sehingga bulan September 2010, jumlah perbelanjaan untuk Projek PRE Pembangunan Tanah Terbiar (ACDA) adalah sebanyak RM5,077,163 (31.8%) sahaja. Walaupun, perbelanjaan masih ditahap yang rendah namun jumlah perbelanjaan dan tanggungan sudah mencecah RM13,667,512 (85.6%). Jabatan Pertanian berusaha meningkatkan perbelanjaan dan yakin dapat melaksanakan pojek-projek ini mengikut perancangan.

Projek Pembangunan Industri Kelapa
Pada tahun 2009, peruntukan sebanyak RM7,526,800 (termasuk Sabah & Sarawak) telah diterima oleh Jabatan Pertanian untuk membangunkan industri kelapa di 41 lokasi dengan keluasan 1,562.3 hektar.
Pada tahun 2010, hanya sebanyak RM 133,200 telah diterima oleh Jabatan Pertanian untuk Projek Pembangunan Industri Kelapa. Terdapat hanya 2 projek yang dijalankan iaitu di Negeri Johor yang merangkumi SPK Pagoh dan SPK Parit Botak. Kedua-dua stesen ini hanya mengeluarkan benih untuk kelapa matag sahaja yang berjumlah RM113,200.Manakala baki sebanyak RM20,000 ditempatkan di Bahagian Padi,Tanaman Industri dan Florikultur, Putrajaya untuk pembelian benih kelapa matag. Projek Pembangunan Industri Kelapa telah mencatatkan perbelanjaan 100%.

 Cetak  Emel