Rancangan Malaysia Ke-10

Rancangan Malaysia Sepuluh (RMK-10) merupakan rancangan pembangunan Malaysia bagi tempoh 2011-2015. Ianya dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, di Parlimen pada 10 Jun 2010.
Selaras dengan penekanan baru untuk mempergiatkan semula sektor pertanian sebagai jentera pertumbuhan ekonomi ketiga negara, Kerajaan menyediakan sejumlah peruntukkan yang besar bagi melaksanakan pelbagai program dan projek pertanian.
Teras Dasar Program Pembangunan Pertanian dibawah RMK-10 telah digubal demi untuk mentranformasikan sektor pertanian negara ke arah pertanian moden yang moden, berdaya maju, dan berdaya saing. Teras Dasar itu adalah seperti berikut: :

  • Meningkatkan pengeluaran pertanian termasuk penerokaan sumber pertumbuhan baru dengan penyertaan sektor swasta yang lebih besar;
  • Mengembangkan aktiviti pemprosesan berasaskan pertanian dan kepelbagaian produk;
  • Memperkukuhkan pemasaran dan rangkaian global;
  • Meningkatkan pendapatan pekebun kecil, petani dan nelayan; dan
  • Menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan.


Sepanjang tempoh lima tahun bagi pelaksanaan dasar ini, tumpuan akan diberikan pada pembangunan Pertanian Baru. Harapan kerajaan untuk memperbanyakkan penglibatan golongan petani, penternak, nelayan moden dan komersial serta agro-entrepreneurs dalam sektor pertanian akan tercapai.

 Cetak  Emel