Latar Belakang & Sejarah

SEJARAH PENUBUHAN

Jabatan pertanian telah ditubuhkan pada tahun 1905. Diperingkat awalnya, usaha hanya tertumpu kepada penyelidikan tanaman, penyediaan pakar-pakar teknikal kepada pengusaha-pengusaha ladang , dan lebih mengutamakan kepada perkhidmatan pembangunan pekebun-pekebun kecil dalam perusahaan Getah.
Selepas agensi berkaitan getah ditubuhkan dan negara mencapai kemerdekaan, Jabatan Pertanian telah terlibat sepenuhnya dalam penyelidikan , perkhidmatan Pengembangan , Pemasaran dan penubuhan Pertubuhan Peladang.
Dengan tertubuhnya berbagai agensi baru berkaitan Pertanian seperti FAMA ( 1965 ) , MARDI ( 1970) dan LPP ( 1973 ) Peranan Jabatan pertanian telah disusun semula , sehingga sekarang Jabatan pertanian merupakan satu agensi yang Menekankan KHIDMAT PENGEMBANGAN PERTANIAN.

 Cetak  Emel