Piagam Pelanggan

Kami berjanji akan memberikan perkhidmatan berkualiti seperti berikut:-

  • Khidmat perundingan dan nasihat teknikal akan diberi selewat-lewatnya 7 hari dari tarikh terima permohonan.
  • Maklum balas permohonan projek-projek pertanian akan diberi selewat-lewatnya 7 hari dari tarikh terima permohonan.

   
Khidmat Regulatori
a) Akta Kuarantin Tumbuhan 1976: Keputusan bagi permohonan sijil/permit/lesen yang memenuhi syarat/keperluan dalam tempoh seperti berikut dari tarikh terima permohonan:-

  • Permit import bagi tumbuhan ,bahan tanaman,media tanaman,bahan pembungkus,tanah,organisma berfaedah dalam masa 5 hari
  • Permit impot bagi baja organik dan mikroorganisma dalam tempoh 3 bulan hingga 6 bulan.
  • Lesen eksport,Sijil Fitosanitasi dan Sijil CITES (Convention on International Trade in Endangered Species) dalam masa 2 hari


b) Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004: Pemberian hak milik pembiak baka bagi sesuatu varieti baru tumbuhan dalam tempoh seperti berikut darintarikh terima permohonan:-

  • Tanaman singkat masa dalam tempoh 12 bulan hingga 24 bulan
  • Tanaman jangka masa sederhana dalam tempoh 25 bulan hingga 60 bulan
  • Tanaman jangka masa panjang dalam tempoh 60 bulan hingga 120 bulan

 

 Cetak  Emel