IAT

SEKSYEN INDUSTRI ASAS TANI

OBJEKTIF
Objektif utama Seksyen Industri Asas Tani Jabatan Pertanian Negeri Perlis ialah untuk memaksimumkan pendapatan melalui penggunaan sumber secara optimal dalam sector pertanian. Secara khususnya objektif ini ialah;

  • Meningkatkan sekuriti makanan (food security).
  • Meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian.
  • Mengeratkan lagi rantaian dengan sektor-sektor lain.
  • Mewujudkan sumber pertumbuhan yang baru bagi sektor pertanian.
  • Memulihara danmenggunakan sumber semulajadi secara mapan.


FUNGSI UTAMA

  • Melahirkan Petani pemprosesan makanan yang berupaya memperolehi pendapatan bersih sekurang-kurangnya RM 2,000.00/bulan.
  • Meningkatkan taraf industri-industri kecil pertanian dan hiliran berasaskan pertanian bagi menyumbang kepada keperluan industri makanan.
  • Mewujudkan Petani yang mengamalkan gaya hidup sihat dan beretika.
  • Menjalankan perusahaan mereka dalam konteks mengamalkan akta-akta keselamatan makanan, pemprosesan dan kawalan mutu (GMP, HACCP).
  • Di bawah program ini, Petani-petani yang terlibat dalam industri hiliran berasaskan hasil-hasil pertanian akan terus dibimbing melalui khidmat nasihat dan mereka juga akan terus dibantu untuk membangunkan produk-produk baru serta mengamalkan kaedah pengilangan yang baik (good manufacturing practices - GMP)
  • Bantuan yang disediakan adalah merupakan bantuan kewangan diantara RM 10 ribu hingga RM 20 ribu untuk aktivi kemudahan infrastruktur dan juga perolehan mesin pemprosesan.

 

 Cetak  Emel