Ladang Kontrak

Konsep ladang kontrak adalah memadankan pengeluaran hasil pertanian tanaman dengan permintaan dipasaran.Pelaksanaan program ini mengambil kira semua aktiviti yang berkaitan di sepanjang rantaian bekalan pengeluaran pertanian di mana khidmat khidmat sokongan untuk menjayakan projek ini seperti kemudahan lepas tuai yang merangkumi pusat pengumpulan dan pusat penggredan.Program ini dibangunkan melalui pengeluar yang bersetuju untuk mengeluarkan hasil atau produk yang berkualiti dari segi kuantiti , jenis , variasi , pembungkusan , gred , masa yang dipersetujui dan pasaran dijamin pada harga yang dipersetujui bersama.Projek ini juga menjamin bekalan yang berkualiti sentiasa berterusan untuk pembekalan kepada pelanggan tetap dan pada masa yang sama menjamin ruang pasaran pada peserta Ladang Kontrak.Pelbagai jenis perkhidmatan dan bantuan yang telah disediakan kepada peserta Ladang Kontrak bagi menjamin program berterusan dan tidak terganggu.Antaranya adalah kemudahan kredit(Disediakan AgroBank) ,perkhidmatan bantuan teknikal,bantuan jentera,kemudahan input pembangunan dan pemasaran.

 Cetak  Emel