MANGGA HARUMANIS PERLIS TELAH DIDAFTARKAN SEBAGAI HARTA INTELEK

Mangga Harumanis Perlis Jabatan Pertanian Negeri Perlis telah didaftarkan sebagai Harta Intelek sejak 2 Ogos 2011 lagi.

Kualiti,Reputasi atau Ciri Lain

Mangga Harumanis Perlis merupakan klon mangga MA 128 dan merupakan antara baka mangga terbaik di Malaysia.Mangga Harumanis Perlis mendapat namanya daripada aromanya yang harum dan rasanya yang manis.Mangga harumanis memerlukan musim kemarau iaitu dari Januari hingga Mac untuk berbunga(Stress Period).Musim Mangga Harumanis Perlis adalah singkat iaitu hanya sebulan atau sebulan setengah dalam setahun.Faktor ini membuatkan Mangga Harumanis Perlis berbeza dengan mangga lain kerana pengeluaran dan pasaran mangga harumanis adalah sangat terhad.

Pokok Mangga Harumanis Perlis mendapat panjagaan yang rapi dan dikawal selia oleh Jabatan Pertanian Negeri Perlis bagi menjaga kualiti buahnya . Jabatan Pertanian telah memperkenalkan pembalut khas yang mempunyai lapisan dalam gelap,dihujungnya pula tersedia dengan dawai bagi memudahkan petani mengikat tangkai buah selepas dibalut dan memberikan hasil mangga harumanis yang cukup memuaskan iaitu bersih dan segar.

Sepohon Mangga Harumanis Perlis boleh menghasilkan antara 200 hingga300 biji buah mangga harumanis akan digredkan mengikut berat menggunakan mesin penggred kemudian dibasuh dan menjalani rawatan air panas bagi mengelak jangkitan kulat.Setelah kering ,buah mangga harumanis diperam selama 72 jam dan hanya selepas itu,buah mangga harumanis akan digred.

Mangga Harumanis Perlis adalah unik kerana ianya akan mengeluarkan aroma yang harum apabila masak dan isinya berwarna oren kekuningan.Lazimnya Mangga Harumanis Perlis enak dimakan begitu sahaja tetapi boleh juga dimakan bersama pulut dan dijadikan jus untuk minuman istimewa.

Dengan keistimewaan tersendiri dan kualiti yang baik ,Mangga Harumanis Perlis telah berjaya mendapat permintaan tinggi di kalangan rakyat Malaysia dan menembusi Pasaran Jepun.

SIJIL HARTA INTELEK

 Cetak  Emel