Pusat-pusat Pertanian
Pusat Pertanian Bukit Bintang
Ladang Mempelam Harumanis
Latarbelakang
- Pusat Pertanian Bukit Bintang telah dibangunkan dalam dua fasa. Pusat Pertanian Bukit Bintang I telah dibangunkan pada tahun 1984 seluas 34 hektar dan Pusat Pertanian Bukit Bintang II pada tahun 1998 seluas 26 hektar menjadikan jumlah keluasan 60 hektar.
- Keluasan bertanam 44 hektar termasuk pokok yang matang dan pokok tanaman baru.
- Pusat Pertanian ini juga melaksanakan latihan secara “hands on” kepada pegawai, petani, pekerja ladang dan pengusaha ladang mempelam mengenai semua aspek pengurusan ladang mempelam dan pengendalian lepas tuai.
- Pengurusan tanaman mempelam adalah berpandukan Manual Amalan Pertanian Baik (GAP) Tanaman Mempelam yang telah dibangunkan oleh Jabatan Pertanian. Ia juga telah diiktiraf oleh Jabatan Pertanian dengan mendapatkan sijil SALM.
- Pusat ini diuruskan oleh seorang Penolong Pegawai Pertanian (G27) dengan dibantu olih seorang Pembantu Pertanian Kanan (G22). Kerja-kerja ladang dilaksanakan secara kontrak dan asas pembayaran kerja adalah secara “task” atau harian.
- Kemudahan dan infrastruktur adalah seperti bangunan pejabat, surau, stor, pusat pengumpulan hasil, pagar keselamatan, jalan ladang, jentera dan mesin ladang serta sistem pengairan elektrik.
Fungsi-fungsinya:
- Merancang, menyelaras dan menilai pembangunan pusat-pusat pertanian.
- Merancang, menyelaras, melaksana dan menilai program pusat kecemerlangan, tanaman mempelam dan anggur.
- Menyediakan dan membekal hasil tanaman berkualiti.
- Memberi khidmat perundingan.
- Sebagai tempat rujukan dan hand’s on pelbagai komoditi.
- Sebagai tempat mengenal pasti dan menilai varieti tanaman baru.
Aktiviti-aktiviti Pusat Pertanian Bukit Bintang
Ladang Mempelam Harumanis.
1. Pembangunan Pusat Pertanian
- Merancang dan melaksanakan pembangunan pusat.
2. Pembelian input dan kemudahan infrastruktur.
- Peralatan ladang untuk pengurusan kerja..
- Kemudahan infrastruktur seperti jalan ladang, kolam dam pam elektrik.
3. Pengurusan kerja
- Peringkat selepas mengutip hasil
- Penjagaan bunga, putik dan buah.
- Pengendalian lepas tuai
4. Pusat kecemerlangan - Demonstrasi
- Penggunaan dan penyelenggaraan Mesin Sprayer Arbus daripada Syarikat ACM.
- Struktur Pelindung Hujan kerjasama daripada UNIMAP.
- Pakej teknologi penjagaan mempelam ( 1 plot ) kerjasama daripada MARDI.
5. Pemasaran
- Musim jualan mempelam harumanis – Pusat jualan runcit untuk orang ramai.
- Jangkaan jualan pada bulan Mei 2011.
Taman Anggur
Latar belakang.
- Keseluruhan kawasan yang dibangunkan sebagai Taman Anggur di bawah jabatan pertanian Negeri Perlis adalah seluas 22.9 hektar dengan keluasan bertanam 9.49 hektar.
- Taman Anggur Perlis ini di bawah seliaan pegawai penjaga Pembantu pertanian kanan, Jabatan Pertanian Negeri Perlis.
- Jenis varieti yang di tanam adalah IAC, Black Opal, Black Queen, Loose Perlette, White Malaga, Pok dam dan Cardinal.
- Pakej teknologi seperti tanaman di bawah struktur berbumbung dan bekalan benih anggur yang berkualiti di perolehi di Negara Thailand.
Objektif:
- Mengujudkan destinasi pelancongan bersumberkan pertanian (agropelancongan) di negeri perlis.
- Sebagai pusat pembelajaran/pakej teknologi dan pengetahuan dalam pertanian khususnya tanaman anggur sambil melancong dan melawat ladang
- Tempat istirehat dan riadah pelancong.