Soalan Lazim

Soalan 1: Apakah bidang Khidmat Kepakaran yang ditawarkan?

Jawapan:

Antara Khidmat Kepakaran yang ditawarkan adalah:
1)Khidmat Nasihat Pertanian dan Perundingan Pertanian
2)Latihan Usahawan Tani
3)Perkhidmatan Persijilan Berkualiti
4)Khidmat Regulatori dan Penguatkuasaan
5)Khidmat Sokongan Teknikal
  • Pembangunan Komoditi
  • Perlindungan Tanaman & Kuarantin Tumbuhan
  • Kawalan Racun dan Perosak
  • Pengurusan &Pemuliharaan Tanah
  • Kejuteraan Pertanian

Soalan2 : Saya telah difahamkan bahawa teras perkhidmatanJabatan Pertanian ialah Pengembangan Pertanian. Apakah yang dimaksudkan dengan Pengembangan Pertanian?

Jawapan:

Pengembangan Pertanian bermaksud usaha/kerja yang terancang untuk memperkasakan kumpulan sasar melalui penyampaian maklumat dan teknologi yang sesuai dengan menggunakan kaedah-kaedah yang terkini yang terbukti berkesan.
 

Soalan 3 : Di manakah maklumat mengenai Panduan Menanam 

Jawapan:

Jabatan Pertanian telah menerbitkan Panduan Menanam pelbagai sayur-sayuran, ulam-ulaman, herba dan buah-buahan dalam bentuk risalah 
(Infotani). Oleh itu, risalah ini boleh didapati di Ibu Pejabat Jabatan Pertanian dan semua pejabat-pejabat Pertanian Negeri 
 

Soalan 4 : Bagaimana hendak mengikuti Kursus Keusahawanan Kemahiran Pemprosesan Makanan di Jabatan Pertanian Negeri Perlis?

Jawapan:

Iklan tawaran kursus ini akan dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian sebelum sesi pengambilan baru dibuka .Borang permohonan boleh diperolehi melalui alamat Laman Web Jabatan Pertanian www.doa.gov.my atau Jabatan Pertanian Negeri dan Pejabat Pertanian Daerah yang berhampiran.
 

Soalan 5 : Apakah kelebihan mengikuti kursus ini?

Jawapan:

Peserta akan didedahkan dengan pelbagai aspek penting yang perlu ada dalam perniagaan seperti Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP), Pemasaran,Perakaunan, Keusahawanan dll. Peserta juga diberikan latihan secara hands-on berkaitan aktiviti pemprosesan produk mengikut bidang yangditawarkan. Peserta juga dilatih untuk menjadi  seoarang usahawan yang berjaya.

 

Soalan 6 : Bagaimanakah hendak menyertai TKPM?

Jawapan:

 
Pemohon boleh memohon iklan yang dibuat oleh pihak Jabatan Pertanian Negeri yang terbabit atau berjumpa dengan Pengarah Pertanian Negeri/Pegawai Pertanian Daerah bagi mendapat maklumat berkenaan perkara tersebut.Pengambilan peserta dibuat melalui proses temuduga.
 
 

Soalan 7 : Adakah projek TKPM hanya untuk usahawan bumiputera?

Jawapan:

Buat masa ini TKPM (Harumanis) dikhaskan hanya untuk Usahawan yang Berasal dari Perlis dan terbuka untuk Bumiputera dan Bukan Bumiputera.
 
 

Soalan 8 : Bagaimanakah cara mendaftar sebagai pengguna Agribazaar?

Jawapan:

Pendaftaran sebagai pengguna Agribazaar boleh dibuat secara online dengan melawat portal Agribazaar.
 
 

Soalan 9 : Apakah yang dimaksudkan dengan racun makhluk perosak?

Jawapan:

Racun makhluk perosak ialah racun makhluk yang meliputi semua racun serangga, racun kulat, racun rumpai, racun tikus, racun siput dan racun makhluk lain yang digunakan dalam bidang pertanian, sektor kesihatan umum, sektor perhutanan dan yang di-gunakan dalam rumah.
 
 

Soalan 10 : Apakah jenis khidmat siasatan tanah yang disediakan  oleh Jabatan Pertanian?

Jawapan:
 
Jenis khidmat siasatan tanah yang disediakan adalah
1) Siasatan lengkap
2) Siasatan separa lengkap
3) Adhoc
 
 
 
Jika maklumat ini tidak mencukupi, sila  hubungi :-
 
Pegawai Penghubung
 
Nama     : Encik Ishak bin Saad
No. Tel   : 04-9391376
No. Fax  : 04-9382929
Email     : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.">
Alamat   : Jabatan Pertanian Negeri Perlis , KM 11 ,Jalan Kaki Bukit 02400 Beseri

 Cetak  Emel