| Pewasapan merupakan kaedah rawatan yang digunakan dengan meluas di kebanyakan negara dalam menghapuskan perosak dan penyakit hasil tanaman. Walau bagaimanapun, kaedah pewasapan terutamanya yang menggunakan gas methyl bromide (CH3Br) diketahui mempunyai kesan negatif terhadap alam sekitar. Pewasapan masih dianggap sebagai kaedah yang sesuai untuk menangani perosak dan penyakit hasil tanaman. Protokol Montreal masih lagi membenarkan penggunaan methyl bromide dalam aktiviti pewasapan, terutamanya dalam rawatan "pre shipment" dan kuarantin. Banyak negara mengkehendaki komoditi-komoditi tertentu difumigasi sebelum dieksport. Sebagai bukti dan pengesahan bahawa komoditi-komoditi tersebut telah melalui proses pewasapan, negara-negara pengimport memerlukan syarikat pewasapan atau badan pelulus sesebuah negara mengeluarkan sijil pewasapan yang mengesahkan dengan lengkap bahawa rawatan tersebut telah dijalankan terhadap komoditi berkenaan. Pewasapan yang tidak efektif akan memberikan impak yang negatif terhadap perdagangan eksport dan integriti hasil produk pertanian Malaysia dipersoalkan di peringkat antarabangsa. Malaysia komited dalam menangani isu pewasapan kuarantin yang tidak efektif untuk tujuan eksport. Sehingga kini, Malaysia telah mewujudkan Skim Akreditasi Pewasapan (dikenali sebagai Skim) untuk syarikat pewasapan yang menjalankan rawatan pewasapan untuk eksport dalam memastikan bahawa segala keperluan dan syarat pewasapan dipenuhi seiring dengan standard bertaraf dunia yang digariskan dalam Australia Methyl Bromide Fumigation Standard (disebut sebagai Standard). |
|
| Langkah pertama untuk pendaftaran syarikat rawatan haba Wood Packaging Material (WPM) adalah seperti berikut : |
|
Bahan pembungkus kayu, (WPM) hendaklah dirawat dengan kaedah rawatan haba dengan suhu teras dalam kayu tersebut mencapai 56°C selama 30 minit.
|
| Audit akan dijalankan dalam masa 3-6 bulan oleh pegawai Jabatan Pertanian secara mengejut tanpa diberitahu untuk memantau prestasi syarikat dari masa ke semasa. |
| Audit ini dijalankan setelah satu tempoh penggantungan dikenakan ke atas syarikat. Ianya disebabkan telah berlaku ketidakpatuhan oleh syarikat. Audit akan dibuat 3 bulan selepas tempoh penggantungan apabila syarikat telah bersedia dan memohon secara bertulis. Jika tiada permohonan, audit tidak dibuat. |
| Kriteria audit dibahagikan kepada 3 tahap ketidakpatuhan iaitu kritikal, major dan minor. Kritikal akan menyebabkan kepada penggantungan serta merta dari Skim. Major akan membawa kepada langkah pembetulan semula dan audit susulan. Jabatan Pertanian akan memaklumkan syarikat rawatan haba dalam tempoh 10 hari mengenai ketidakpatuhan dan menasihati serta membimbing syarikat mengenai langkah-langkah pembetulan semula yang perlu diambil. Juruaudit |
| Juruaudit terdiri dari dua (2) orang pegawai Jabatan Pertanian yang ditugaskan oleh Urusetia Skim untuk mengaudit syarikat. Syarikat akan dimaklumkan mengenai masa dan tarikh audit melalui surat. |
Tiga (3) jenis kategori ketidakpatuhan didalam Skim adalah seperti berikut:
|
| Akan membawa kepada hukuman berat iaitu dikeluarkan atau digantung dari Skim. Walau bagaimanapun, rayuan boleh dikemukakan selepas 3 bulan penggantungan dan diikuti oleh Audit Reinstatement. |
| Mana-mana syarikat yang melakukan kesalahan di bawah dua kategori ini masih lagi dibenarkan menjalankan kerja tetapi di bawah pengawasan dan penilaian sepatutnya oleh Jabatan Pertanian serta perlu menjalani audit Announced dan Unannounced. |
| Syarikat Heat Treatment yang telah diakreditasi mestilah merekod rawatan haba yang dijalankan dan penjualan WPM setiap bulan. Rekod bulanan ini perlu dihantar ke Urusetia Skim MAHTAS setiap sebulan sekali. Graf atau carta suhu rawatan yang dijalankan perlu disimpan untuk tujuan pengauditan. |
| Sijil penyertaan akan diberikan kepada pemohon/syarikat yang berjaya menyertai Skim MAHTAS bagi tempoh satu (1) tahun. Setelah hampir tempoh satu (1) tahun, syarikat akan diaudit untuk pembaharuan penyertaan Skim. Akreditasi boleh di tarik balik pada bila-bila masa sekiranya berlaku ketidakpatuhan terhadap syarat dan peraturan Skim. |
| Syarikat pewasapan diwajibkan memiliki permit dan lesen yang berkaitan daripada pihak yang berkenaan merujuk kepada peraturan-peraturan yang sedia ada. |
| Lesen dan permit adalah termasuk : |
|
| Syarikat hendaklah mempunyai carta organisasi yang menerangkan tugas dan tanggungjawab pekerja dengan jelas. Secara asasnya, carta organisasi hendaklah bermula dengan pengurus syarikat (atau setaraf) yang mempunyai autoriti dan sumber dalam menjalankan tugasnya, pengarah teknikal (atau setaraf) yang bertanggungjawab dalam segala aktiviti teknikal pewasapan. Syarikat juga perlu mempunyai pekerja yang mencukupi dalam menjalan aktivitinya. Sebagai contoh, bagi setiap satu aktiviti pewasapan sekurang-kurangnya dua orang pekerja diperlukan termasuk fumigator berlesen. Pengurusan syarikat dan pemegang lesen pewasapan haruslah mengetahui tentang : |
|
| Pengurus Teknikal (atau setaraf) mesti mempunyai kelayakan berikut: |
|
| Fumigator berlesen perlu menjalani latihan akreditasi dan dinilai sebagai kompeten. Syarat-syarat berikut haruslah dipatuhi: |
|
|
|
| Ruang Tertutup (Enclosure) |
|
| Penyaluran Gas |
|
| Memantau Kepekatan Gas |
|
| Syarikat pewasapan dikehendaki memastikan semua rekod dan dokumen berkaitan dengan kerja-kerja pewasapan, peralatan dan pemantauan serta pembelian stok disimpan secara tersusun dan sentiasa dikemaskini. Rekod-rekod adalah seperti berikut: |
|
| Rekod yang relevan kepada rawatan pewasapan hendaklah disimpan dengan kemas dan teratur. Segala aktiviti pewasapan hendaklah direkod untuk rujukan dan tujuan audit. Rekod-rekod adalah seperti: |
|
| Sebarang permohonan atau pertanyaan mengenai Skim Malaysia Heat Treatment Accreditation Scheme (MAHTAS) boleh diajukan kepada : |
| Urusetia Skim MAHTAS Unit Perundangan Seksyen Penguatkuasaan Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Jabatan Pertanian, Aras 3, Wisma Tani Jalan Sultan Salahuddin, 50632 Kuala Lumpur. |
| No. Tel : 03-2030 1400 / 1412 No. Faks : 03-2691 3530 |