Persidangan Manga Harumanis Kebangsaan 2024 julung kali diadakan oleh Kerajaan Negeri Perlis dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Persidangan Mangga Harumanis Kebangsaan 2024 ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Nor Sam binti Alwi, Ketua Pengarah Pertanian yang mewakili YB Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Turut hadir bersama YB Tuan Haji Razali Bin Saad, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (Pertanian, Perladangan dan Industri Makanan) dan YBrs. Encik Johari bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Industri dan Pengembangan) Jabatan Pertanian Malaysia.
Objektif persidangan diadakan adalah bagi membuka ruang dan peluang kepada penyelidik menyebar luas hasil dapatan kajian, pemain industri untuk mengetengahkan amalan teknologi dan memberi peluang bekerjasama dengan pengusaha di peringkat lapangan disamping dapat meningkatkan pengetahuan dan kesedaran pengusaha berkaitan perkembangan teknologi terkini dalam industri tanaman serta teknik-teknik pengurusan agronomi Mangga Harumanis yang betul dan tepat.
Pengeluaran Mangga Harumanis Perlis pada tahun 2024 adalah sebanyak 2,022 tan dengan nilai RM 46,512,782.00 di mana petani terlibat adalah seramai 2,693 orang. Ini memberi impak yang sangat besar kepada ekonomi penduduk negeri Perlis terutamanya dalam aktiviti sampingan seperti kedai makan, inap desa dan pelancongan. Permintaan mangga Harumanis Perlis sangat tinggi dan tidak mencukupi kerana ia telah dikenali serata pelusuk Malaysia serta digemari oleh peminat yang tersendiri.
Hadir sama dalam persidangan Encik Hafizuddin bin Othman, Pengarah Pertanian Negeri Perlis selaku Pengerusi Persidangan Mangga Harumanis Kebangsaan 2024, Encik Mohd Anzara bin Azizan, Pengarah FAMA Negeri Perlis Wakil-Wakil Jabatan, Penanam Mangga Harumanis, Usahawan, dan wakil wakil yang terlibat.
HUBUNGI KAMI
Alamat
Kompleks Pertanian Bukit Temiang, KM11, Jalan Kaki Bukit, 02400 Beseri, Perlis.