Pembangunan Pertanian Komuniti

Pembangunan Pertanian Komuniti atau juga dikenali program pertanian bandar merupakan program yang membantu isi rumah meringankan kos sara hidup melalui pengeluaran sendiri bahan makanan melalui bimbingan Jabatan Pertanian. Program ini melibatkan penduduk di kawasan bandar dan pinggir bandar dengan kerjasama dan penglibatan pelbagai Jabatan dan Agensi yang berkaitan di peringkat Negeri dan Persekutuan.

Pembangunan pertanian komuniti berperanan sebagai salah satu strategi untuk menggalakkan interaksi sosial antara penduduk tempatan. Selain itu, pertanian komuniti membantu meningkatkan motivasi diri para peserta program dengan kemampuan untuk membentuk komuniti sendiri dan bekerja secara berpasukan untuk menghasilkan produk makanan sama ada untuk kegunaan sendiri atau untuk dijual.
  • Membantu mengurangkan kos sara hidup.
     
  • Mewujudkan aktiviti pertanian komuniti bagi memastikan pengeluaran bahan makanan mencukupi, berkualiti dan selamat dimakan.
     
  • Mewujudkan interaksi sosial dan menggalakkan komunikasi dikalangan komuniti.
  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia.
     
  • Menetap di kawasan bandar dan pinggir bandar.
     
  • Berminat untuk melaksanakan projek pertanian.
     
  • Bersedia memberi komitmen sepenuhnya.
Mana-mana yang berminat untuk menyertai progam ini perlu membuat permohonan dengan menggunakan borang yang disediakan seperti di Lampiran 1. Borang boleh dimuat turun dari Laman Web Jabatan Pertanian atau dengan menghubungi Pejabat Pertanian Daerah / Kawasan berdekatan untuk perkhidmatan atau keterangan lanjut. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimajukan kepada ke Pegawai Pertanian Daerah / Kawasan berkenaan.

Selepas permohonan diterima, Pegawai Jabatan Pertanian Daerah / Kawasan akan melawat kawasan projek untuk menentukan lokasi, keluasan projek serta mencadangkan kategori projek yang sesuai.
 
Lampiran 1 - Borang Permohonan Pembangunan Pertanian Komuniti
Program ini dijangka mendapat outcome sebagaimana berikut :
 
  • Pengeluaran hasil pertanian yang selamat dimakan sebanyak 8,800 metrik tan pada tahun 2025.
     
  • Pengurangan kos sara hidup sebanyak RM1,296.00 pada tahun 2021 kepada RM1,680.00 pada tahun 2025.
HUBUNGI KAMI

Alamat

Kompleks Pertanian Bukit Temiang, KM11, Jalan Kaki Bukit, 02400 Beseri, Perlis.

Telefon

04-938 4466

Email

pertanian.perlis.gov.my
 Peta Laman | Soalan Lazim

Paparan terbaik menggunakan IE9 ke atas / Mozilla Firefox 3.0 ke atas / Chrome dengan resolusi 1360 x 768
HITS PENGUNJUNG
Hari Ini47
Minggu Ini829
Bulan Ini47
Jumlah Pengunjung17220

2022-10-01