Permohonan Rawatan Bahan Pembungkus Diperbuat Dari Kayu (Wood Packaging Material)

Bahagian Biosekuriti Tumbuhan (BBT) Jabatan Pertanian adalah bertanggungjawab dalam menguatkuasakan Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 dan Peraturan-Peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981 yang bertujuan menghalang kemasukan perosak dan membasmi perosak yang berada di dalam negara.

Pewasapan adalah satu (1) kaedah rawatan dengan melepaskan racun amat berbahaya dalam bentuk gas di dalam ruang tertutup pada kadar dan tempoh tertentu untuk membunuh perosak yang dituju. Ianya merupakan kaedah yang amat berbahaya jika tidak dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Sehubungan dengan itu, Skim Perakuan Pensijilan Pewasapan Malaysia (MAFAS) telah diwujudkan oleh Jabatan Pertanian untuk memastikan semua syarikat pewasapan menjalankan pewasapan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Setiap syarikat yang ingin menjalankan kerja-kerja rawatan bahan kayu pembungkus (wood packaging material - WPM) dan rawatan kuarantin melalui kaedah pewasapan menggunakan gas methyl bromide perlu diakreditasi di bawah Skim Perakuan Pensijilan Pewasapan Malaysia kelolaan Jabatan Pertanian yang dipertanggungjawabkan oleh International Plant Protection Convention (IPPC) di bawah International Standard of Phytosanitary Measures (ISPM) 15 untuk mentauliahkan syarikat-syarikat berkelayakan menjalankan kerja-kerja pewasapan tersebut.
 
HUBUNGI KAMI

Alamat

Kompleks Pertanian Bukit Temiang, KM11, Jalan Kaki Bukit, 02400 Beseri, Perlis.

Telefon

04-938 4466

Email

pertanian.perlis.gov.my
 Peta Laman | Soalan Lazim

Paparan terbaik menggunakan IE9 ke atas / Mozilla Firefox 3.0 ke atas / Chrome dengan resolusi 1360 x 768
HITS PENGUNJUNG
Hari Ini48
Minggu Ini830
Bulan Ini48
Jumlah Pengunjung17221

2022-10-01