Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah S.W.T di atas limpah dan rahmat-Nya, Jabatan Pertanian Negeri Perlis dapat meluaskan lagi khidmat pengembangan dan pembangunan pertanian kepada masyarakat tani dan penduduk Negeri Perlis melalui teknologi media elektronik terkini.
Laman Sesawang Jabatan Pertanian Negeri Perlis ini merupakan antara cabang penyebaran maklumat dan informasi yang penting di antara Jabatan dan orang ramai. Saluran media seperti ini akan dapat membantu segenap lapisan masyarakat memperolehi maklumat berkaitan Jabatan Pertanian Negeri Perlis dan aktiviti pertanian dalam bentuk yang interaktif, berkesan dan menjimatkan masa.
Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang melayari laman web ini. Semoga sedikit sebanyak laman sesawang ini dapat membantu para petani serta para pelajar yang memerlukan maklumat pertanian di negeri Perlis khasnya dan Malaysia amnya. Sekira terdapat sebarang masalah atau pertanyaan sila hubungi Pejabat Pertanian Daerah atau Jabatan Pertanian Negeri yang berdekatan.
Sekian, terima kasih.
HAFIZUDDIN BIN OTHMAN
Pengarah Pertanian Negeri
Jabatan Pertanian Negeri Perlis
