| Perkhidmatan ini disediakan untuk menganalisis kandungan unsur nutrien dalam sampel tanah, daun, baja dan air. Tujuan utama perkhidmatan ini adalah untuk menyokong pelaksanaan program-program pembangunan Jabatan Pertanian. Perkhidmatan ini juga diberikan kepada lain-lain agensi kerajaan atas permintaan. Pihak swasta dan individu boleh memohon untuk mendapatkan perkhidmatan ini dengan caj yang berpatutan dikenakan. Pada masa sekarang, Makmal Analisa Jabatan Pertanian terdapat di ini memberikan perkhidmatan analisis sampel tanah, daun, baja dan air. Tiga (3) buah Makmal Wilayah yang masing-masing terletak di Kompleks Pertanian Telok Chengai, Kedah, Kompleks Pertanian Ayer Hitam, Johor dan Kompleks Pertanian Besut, Terengganu menjalankan analisis sampel tanah, daun dan air . |
|
| Khidmat yang disediakan termasuk : |
|
| a) | Analisis sifat fizikal dan sifat kimia tanah bertujuan untuk menyatakan ciri tanah, kesuburan tanah dan pemuliharaan tanah. |
| b) | Analisis sampel daun untuk menentukan tahap nutrien dalam tanaman, status kesuburan tanah dan keperluan pembajaan. |
| d) | Analisis sampel baja untuk menilai kualiti baja yang dibekalkan kepada petani dan pengguna lain. |
| c) | Analisis sampel air untuk menentukan kualiti air bagi pengairan dan parameter hakisan pemuliharaan tanah. |
| a) | Setiap permohonan perlu mengisi borang permohonan analisis. |
| b) | Borang permohonan bersama dengan sampel hendaklah dihantar ke makmal yang berkenaan. |
| c) | Tempoh analisis bagi SATU sampel adalah antara 7 hingga 30 hari bergantung kepada jenis sampel serta jumlah penentuan yang diperlukan. |
| a) | Permohonan boleh dibuat oleh pegawai Jabatan Pertanian, agensi kerajaan, pihak swasta dan individu. Caj yang berpatutan dikenakan kepada pihak swasta dan individu. |
||||||||||||||||||||
| b) | Borang permohonan yang lengkap diisi samada asal atau salinan (diisi dalam 2 salinan). |
||||||||||||||||||||
| c) | Kuantiti minima sampel yang diperlukan :
|
| Bayaran dalam bentuk wang pos / bank draf dibayar atas nama Ketua Pengarah Pertanian, Jabatan Pertanian. |
| Borang permohonan boleh dimuat turun secara percuma melalui Portal Rasmi Jabatan Pertanian atau perlu hadir ke Makmal Bahagian Perkhidmatan Makmal atau ke Pejabat Bahagian Pengurusan Sumber Tanah, yang terletak di Jabatan Pertanian Negeri. |
|
| a) | Borang Permohonan Khidmat Analisis Tanah |
| b) | Borang Permohonan Khidmat Analisis Daun/Hasil Tanaman |
| c) | Borang Permohonan Khidmat Analisis Baja |
| d) | Borang Permohonan Khidmat Analisis Air |
| e) | Borang Permohonan Khidmat Analisis Logam Berat Hasil Pertanian |
| a) | Permohonan akan diluluskan oleh setiap Ketua Seksyen dalam Bahagian Perkhidmatan Makmal dan Ketua Unit Negeri. |
| b) | Tiada tempoh sah laku. Semua permohonan akan diproses mengikut prosedur yang telah ditetapkan. |
| BIL. | ELEMEN | HARGA (RM) |
1. 2. |
C (Organik) N |
RM 10 / elemen / sampel |
3. 4. |
Abu Kelembapan |
RM 10 / elemen / sampel bagi 3 sampel pertama RM 5 / elemen / sampel bagi sampel berikutnya |
5. 6. 7. 8. 9. |
K mudah larut P mudah larut Kebolehtukaran Ca Kebolehtukaran Mg Kebolehtukaran K |
RM 5 / elemen / sampel bagi 3 sampel pertama RM 3 / elemen / sampel bagi sampel berikutnya |
10. |
Keupayaan Pertukaran Kation (CEC) |
RM 15 / elemen / sampel bagi 3 sampel pertama RM 10 / elemen / sampel bagi sampel berikutnya |
11. 12. |
pH Konduktiviti |
RM 3 / elemen / sampel bagi 3 sampel pertama RM 1 / elemen / sampel bagi sampel berikutnya |
13. |
Analisis lengkap (N, P, K, Ca, Mg, C, CEC, pH, Konduktiviti) |
RM 75 / elemen / sampel bagi 3 sampel pertama RM 50 / elemen / sampel bagi sampel berikutnya |
14. 15. 16. |
S Cl Lain-Lain (contohnya unsur pekit) |
RM 10 untuk setiap sampel |
| BIL. | ELEMEN | HARGA (RM) |
1. |
Mekanikal Analisis |
RM 15 / elemen / sampel bagi 3 sampel pertama RM 10 / elemen / sampel bagi sampel berikutnya |
| BIL. | ELEMEN | HARGA (RM) |
1. |
N |
RM 10 / elemen / sampel |
2. 3. 4. 5. |
P K Ca Mg |
RM 5 / elemen / sampel bagi 3 sampel pertama RM 3 / elemen / sampel bagi sampel berikutnya |
6. |
Lain-Lain |
RM 10 untuk setiap sampel |
7. |
Analisis lengkap (N, P, K, Ca, Mg) |
RM 25 / sampel bagi 3 sampel pertama RM 20 / sampel bagi sampel berikutnya |
| BIL. | ELEMEN | HARGA (RM) |
1. 2. 3. 4. 5. |
N P K Ca Mg |
RM 20 / elemen / sampel bagi 3 sampel pertama RM 10 / elemen / sampel bagi sampel berikutnya |
6. 7. |
Abu Kelembapan |
RM 10 / elemen / sampel bagi 3 sampel pertama RM 5 / elemen / sampel bagi sampel berikutnya |
| BIL. | ELEMEN | HARGA (RM) |
1. 2. |
pH Konduktiviti |
RM 3 / elemen / sampel bagi 3 sampel pertama RM 1 / elemen / sampel bagi sampel berikutnya |
3. |
Jumlah Pepejal |
RM 5 / sampel |
| a) | Pegawai Penciri terdiri daripada Pegawai dan Penolong Pegawai Pertanian daripada Bahagian-Bahagian Jabatan Pertanian yang dilantik oleh Ketua Pengarah Pertanian. |
| b) | Pegawai Penciri dikehendaki menghadiri kursus asas pencirian yang dianjurkan oleh Urus Setia Seksyen Pendaftaran Perlindungan Varieti Tumbuhan. |
| Makmal Analisa Jabatan Pertanian yang terdapat di Jalan Sultan Salahuddin Kuala Lumpur, Kompleks Pertanian Telok Chengai, Kedah, Pusat Pertanian Ayer Hitam, Johor dan Kompleks Makmal Diagnostik Bersepadu Wilayah Timur Besut, Terengganu sangat mengalu-alukan permohonan khidmat analisa makmal daripada pihak Jabatan Kerajaan, swasta dan juga orang awam. |
| **Nota : Makmal Tanah hanya menerima sampel tanah pemantauan daripada Jabatan Pertanian Negeri dan sampel Soil Profilling buat masa ini. Maaf di atas kesulitan yang berlaku. |