| Pengenalan |
||||||||||
| Bahagian Biosekuriti Tumbuhan (BBT) menyediakan perkhidmatan diagnostik perosak dan penyakit tanaman kepada petani, usahawan tani, agensi kerajaan, organisasi swasta dan individu. Perkhidmatan diagnostik yang dijalankan adalah termasuk pengenalpastian perosak atau melakukan ujian makmal untuk mengenal pasti organisma penyebab dan seterusnya memberikan nasihat teknikal mengenai kawalan makhluk perosak atau penyakit. Pelanggan boleh membawa sampel tumbuh-tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang terjejas, sampel perosak (serangga, vertebrata, moluska dan rumpai) dan sampel-sampel penyakit ke makmal-makmal BBT di Ibu Pejabat Kuala Lumpur atau Unit Biosekuriti Tumbuhan Negeri untuk pengenalpastian. Di Ibu Pejabat BBT, terdapat makmal diagnostik khusus, koleksi rujukan spesimen perosak dan rujukan maklumat perosak dan penyakit tanaman yang boleh digunakan untuk mengenal pasti sampel penyakit dan perosak sampel. Unit Biosekuriti Tumbuhan di negeri-negeri juga boleh dihubungi untuk bantuan bagi menangani masalah perosak dan penyakit. |
||||||||||
| Bagaimana Untuk Mengemukakan Sampel Untuk Diagnosis Penyakit? |
||||||||||
|