Kami berjanji akan memberikan perkhidmatan berkualiti seperti berikut:-
Khidmat perundingan dan nasihat teknikal akan diberi selewat-lewatnya 7 hari dari tarikh terima permohonan.
Maklum balas permohonan projek-projek pertanian akan diberi selewat-lewatnya 7 hari dari tarikh terima permohonan.
Khidmat Regulatori a) Akta Kuarantin Tumbuhan 1976: Keputusan bagi permohonan sijil/permit/lesen yang memenuhi syarat/keperluan dalam tempoh seperti berikut dari tarikh terima permohonan:-
Permit import bagi tumbuhan ,bahan tanaman,media tanaman,bahan pembungkus,tanah,organisma berfaedah dalam masa 5 hari
Permit impot bagi baja organik dan mikroorganisma dalam tempoh 3 bulan hingga 6 bulan.
Lesen eksport,Sijil Fitosanitasi dan Sijil CITES (Convention on International Trade in Endangered Species) dalam masa 2 hari
b) Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004: Pemberian hak milik pembiak baka bagi sesuatu varieti baru tumbuhan dalam tempoh seperti berikut darintarikh terima permohonan:-
Tanaman singkat masa dalam tempoh 12 bulan hingga 24 bulan
Tanaman jangka masa sederhana dalam tempoh 25 bulan hingga 60 bulan
Tanaman jangka masa panjang dalam tempoh 60 bulan hingga 120 bulan
HUBUNGI KAMI
Alamat
Kompleks Pertanian Bukit Temiang, KM11, Jalan Kaki Bukit, 02400 Beseri, Perlis.