Tarikh : 1 Oktober 2024 - 3 Oktober 2024 Tempat : Taman Buah-Buahan Esoktik, Sungai Batu Pahat, Perlis
DYMM Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Perlis Outdoor Festival Tahun 2024 bertempat di Taman Buah-Buahan Esoktik, Sungai Batu Pahat, Perlis.
Turut hadir bersama dalam majlis ini YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Tuan Rus'sele Bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YB Tuan Haji Razali bin Saad, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (Pertanian, Perladangan), YBhg. Dato' Shaharuddin bin Abu Sohot, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pelancongan,Seni dan Budaya Malaysia, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (AMMKN) dan Ahli-ahli Yang Behormat.
Program Perlis Outdoor Festival Perlis 2024 anjuran Jabatan Pertanian Negeri Perlis dengan kerjasama Putra Trail Running Club, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) diadakan bagi mempromosikan Taman Buah-buahan Eksotik, Sungai Batu Pahat, Perlis sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025 bermula pada 02 Ogos sehingga 04 Ogos 2024.
Objektif utama penganjuran Perlis Outdoor Festival 2024 adalah untuk mempromosikan Taman Buah-buahan Eksotik sebagai lokasi Agropelancongan dan riadah keluarga selain mempunyai pemandangan menarik yang berlatarbelakangkan Banjaran Nakawan.
DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis telah merasmikan Perlis Outdoor Festival Tahun 2024 dengan menyempurnakan simbolik perasmian dan mengurniakan hadiah kepada para pemenang Wang Gunung Trail Run 2024.
Pelbagai acara menarik berbentuk sukan dan rekreasi diadakan antaranya, Wang Gunung Trail Run 2.0, perkhemahan dan caravan, kayak, memanah, futsal padang, kembara 4x4, Audio Show, dan lain-lain.
Hadir bersama dalam Majlis, YBrs Encik Hafizuddin bin Othman, Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Perlis, Ketua-Ketua Jabatan Negeri & Persekutuan serta wakil-wakil Ketua Jabatan Negeri Perlis.
HUBUNGI KAMI
Alamat
Kompleks Pertanian Bukit Temiang, KM11, Jalan Kaki Bukit, 02400 Beseri, Perlis.