Majlis Perasmian Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) Tahun 2024

Tarikh : 13 September 2024 & 14 September 2024 (Jumaat & Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : MAEPS, Serdang Selangor

YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia telah hadir merasmikan Majlis Perasmian Pameran Pertanian, Hortikultur Dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) bagi Tahun 2024 bertempat di MAEPS, Serdang Selangor. Turut hadir bersama YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Yang Zaimey bin Yang Ghazali, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis.
Meraikan 100 tahun penganjuran, MAHA edisi 2024 dengan tema ”Menuai Harapan Membina Masa Hadapan”akan memberi penekanan kepada elemen yang mengangkat MAHA ke peringkat antarabangsa dengan penglibatan penyertaan daripada pelbagai negara, mencetus pembangunan daya tahan dalam sektor keterjaminan makanan dan mengangkat minat golongan muda untuk turut serta dan menjadikan sektor ini sebagai sumber pendapatan utama.
Kerajaan Negeri Perlis telah menghantar penyertaan usahawan Perlis ke MAHA 2024. Penyertaan usahawan Negeri Perlis ke MAHA 2024 merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri dalam menyokong pembangunan usahawan Perlis, menyediakan ruang dan platform usahawan Perlis untuk mengembangkan perniagaan dan produk serta meningkatkan jalinan usahawan dan rangkaian perniagaan usahawan Perlis. Seramai sepuluh (10) orang usahawan Perlis akan menyertai program MAHA 2024 sebagai pempamer di Pavilion Perlis. Delegasi yang diketuai oleh YB Penasihat Undang-undang Negeri Perlis bersama AMMK Negeri Perlis telah Melawat ke Pavilion Perlis.
Terdahulu sebelum itu, pada hari Jumaat Jabatan Pertanian Negeri Perlis dengan kerjasama Syarikat Athanliz Inovations Sdn. Bhd. telah mengadakan Majlis Pelancaran Rasmi Produk Inovasi Harumanis Perlis yang telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perlis, Tuan Mohd Shukri bin Ramli. Turut bersama YB Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.
Hadir sama dalam majlis ini YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), Setiausaha-Setiausaha Bahagian, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Ketua-Ketua Jabatan, Agensi Kerajaan Negeri serta Persekutuan dan wakil-wakil yang terlibat.


      

      

      

      

      

      

     
HUBUNGI KAMI

Alamat

Kompleks Pertanian Bukit Temiang, KM11, Jalan Kaki Bukit, 02400 Beseri, Perlis.

Telefon

04-938 4466

Email

pertanian.perlis.gov.my
 Peta Laman | Soalan Lazim

Paparan terbaik menggunakan IE9 ke atas / Mozilla Firefox 3.0 ke atas / Chrome dengan resolusi 1360 x 768
HITS PENGUNJUNG
Hari Ini18
Minggu Ini763
Bulan Ini847
Jumlah Pengunjung40567

2026-03-07