LAWATAN YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS KE TAPAK FESTIVAL PERMAI

Tarikh : 02 Mei 2025 (Jumaat)
Tempat : Dataran Bersebelahan Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis

YB Dato' Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah mengunjungi Tapak Festival PERMAI 2025 (Perlis Mango and Agricultural Industry) bertempat di Dataran Bersebelahan Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis. Turut bersama dalam lawatan YB Tuan Haji Razali bin Saad, Ahli Majlis MesyuaratKerajaan Negeri Perlis (Pertanian).

Festival PERMAI adalah penjenamaan semula dan gabungan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPN) dan Festival Mangga Harumanis Perlis sebagai Perlis Mango and Agricultural Industry. Program yang akan berlangsung selama tiga (3) hari bermula 02 Mei hingga 04 Mei 2025 bermula jam 10.00 pagi hingga 11.00 malam.

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah mengunjungi reruai Laman Flora, Laman Veterinar, Laman Estetika, Jualan Mangga Harumanis disamping beramah mesra bersama pengunjung di Tapak Festival. Pelbagai aktiviti dan program sedang berlangsung antaranya Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, Pertandingan Memasak Chef Cilik, Pertandingan Gubahan Dessert berasaskan Mangga Harumanis.

Hadir sama dalam lawatan itu, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Setiausaha-Setiausaha Bahagian Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan wakil-wakil yang terlibat.

      

      

      

      

      


HUBUNGI KAMI

Alamat

Kompleks Pertanian Bukit Temiang, KM11, Jalan Kaki Bukit, 02400 Beseri, Perlis.

Telefon

04-938 4466

Email

pertanian.perlis.gov.my
 Peta Laman | Soalan Lazim

Paparan terbaik menggunakan IE9 ke atas / Mozilla Firefox 3.0 ke atas / Chrome dengan resolusi 1360 x 768
HITS PENGUNJUNG
Hari Ini18
Minggu Ini763
Bulan Ini847
Jumlah Pengunjung40567

2026-03-07