Majlis Perasmian Festival Permai (Perlis Mango And Agricultural Industry) Tahun 2025

Tarikh : 03 Mei 2025 (Sabtu)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Dataran Bersebelahan Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis

DYMM Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Festival Permai Tahun 2025. Turut berangkat bersama DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, DYTM Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan YAM Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Turut hadir bersama ke majlis ini ialah YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Tuan Rus’sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Dato’ Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Yang Zaimey bin Yang Ghazali, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Tuan Saharuddin bin Sarwan, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak, Ketua Setiausaha, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Tuan Haji Razali bin Saad, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (Pertanian) serta YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (AMMKN).

Festival PERMAI 2025 (Perlis Mango and Agricultural Industry) Tahun 2025 adalah gabungan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPN) serta Festival Mangga Harumanis Negeri Perlis ini menjanjikan pelbagai aktiviti menarik dan informasi bermanfaat berkaitan industri pertanian negeri. Program yang akan berlangsung selama tiga (3) hari bermula 02 Mei 2025 sehingga 04 Mei 2025 bermula jam 10.00 pagi hingga 11.00 malam bertempat di Dataran Bersebelahan Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis, Kangar.

Penganjuran Festival PERMAI pada tahun ini menampilkan kelainannya dengan tambahan Laman Harumanis dan Laman Estetika. Jualan Mangga Harumanis Perlis, pertandingan mangga dan ladang harumanis terbaik, cafe harumanis, jualan produk-produk harumanis dan lain-lain lagi akan diadakan di Laman Harumanis. Manakala, Laman Estetika pula akan dihiasi dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni dan tanaman edibel yang boleh menjadi tempat yang menarik, bukan sahaja kerana keindahannya tetapi juga kerana manfaatnya kepada pengunjung.

DYMM Tuanku Raja Perlis telah berkenan untuk menyempurnakan simbolik perasmian Festival Permai dan mengurniakan Hadiah Pemenang Logo dan Anugerah HPPN kepada para pemenang.

Turut hadir bersama dalam majlis ini YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Setiausaha-Setiausaha Bahagian Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Pegawai-pegwai Kanan Jabatan Pertanian dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis serta wakil-wakil yang terlibat.

      

      

      

      

      

      

   


HUBUNGI KAMI

Alamat

Kompleks Pertanian Bukit Temiang, KM11, Jalan Kaki Bukit, 02400 Beseri, Perlis.

Telefon

04-938 4466

Email

pertanian.perlis.gov.my
 Peta Laman | Soalan Lazim

Paparan terbaik menggunakan IE9 ke atas / Mozilla Firefox 3.0 ke atas / Chrome dengan resolusi 1360 x 768
HITS PENGUNJUNG
Hari Ini18
Minggu Ini763
Bulan Ini847
Jumlah Pengunjung40567

2026-03-07