Majlis Perasmian Penutupan Hari Peladang, Perternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025
Tarikh : 3 Ogos 2025 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Sabah International Convention Center (SICC), Kota Kinabalu, Sabah
YB Dato Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah menghadiri Majlis Perasmian Penutupan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025 bertempat di Sabah International Convention Center (SICC), Kota Kinabalu Sabah yang telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. Turut hadir bersama YB Tuan Haji Razali bin Saad, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (Pertanian) dan YBrs Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan).
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah menganjurkan HPPNK ini bertujuan untuk menghargai dan mengiktiraf sumbangan para peladang, penternak dan nelayan dalam menjamin bekalan makanan negara serta memajukan sektor agro makanan. BPEN dan Jabatan Pertanian Negeri Perlis telah menyertai pameran negeri di Pavilion KPKM. Tema HPPNK 2025 adalah Kudrat Kami Menjamin Pertiwi. Ketua Setiausaha KPKM telah menyampaikan mock cheque bernilai RM7. 25 juta untuk Program Mengoptimumkan Penggunaan Tanah Bersama Kerajaan Negeri Perlis untuk tahun 2025
YB Dato’ bersama delegasi Kerajaan Negeri Perlis juga telah menghadiri Lawatan ke Ladang Eco Yap Keningau, Sabah yang telah menjalankan penternakan lembu tenusu dan penternakan ikan talapia serta tanaman napier, durian dan sayur-sayuran. YB Dato’ juga telah menghadiri sesi makan malam bersama Yayasan Sabah di Kampung Nelayan Floating Seafood,Kota Kinabalu.
Hadir sama Encik Zuhair bin Jamaludin, Setiausaha Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis, Encik Mohd Hafizudin bin Othman, Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Perlis dan Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi KPKM Negeri dan Penolong Setiausaha BPEN.