Lawatan Kerja Tuan Pengarah Pertanian ke Projek Hidroponik Puan Norazwana bt Ahmad

? LAWATAN KERJA TUAN PENGARAH PERTANIAN KE PROJEK HIDROPONIK
PUAN NORAZWANA BT AHMAD ?
bertempat di Kampung Kota Kayang, Kuala Perlis.
Projek ini mengaplikasikan sistem Nutrient Film Technique (NFT) serta penggunaan IoT dalam pengurusan tanaman. Antara sayuran yang dihasilkan termasuk:
? Salad Hijau & Merah
? Sawi dan Pak Choi
? Kangkung
? Bayam
? Tomato
Hasil pemerhatian menunjukkan rumah tanaman berada dalam keadaan baik, sistem nutrien berfungsi lancar,
kawalan penyakit memuaskan serta pertumbuhan tanaman adalah seragam. Peserta turut menggunakan air hujan
sebagai sumber utama pengairan dengan bacaan pH yang sesuai.
Cadangan penambahbaikan yang diketengahkan termasuk penambahan kapasiti takungan air hujan,
pemasangan penapis air tambahan dan pengukuhan promosi melalui media sosial.
Jabatan akan terus memberikan bimbingan dan khidmat sokongan teknikal agar projek ini dapat berkembang
dengan lebih mampan serta menyumbang kepada pembangunan sektor pertanian Negeri. ??

HUBUNGI KAMI

Alamat

Kompleks Pertanian Bukit Temiang, KM11, Jalan Kaki Bukit, 02400 Beseri, Perlis.

Telefon

04-938 4466

Email

pertanian.perlis.gov.my
 Peta Laman | Soalan Lazim

Paparan terbaik menggunakan IE9 ke atas / Mozilla Firefox 3.0 ke atas / Chrome dengan resolusi 1360 x 768
HITS PENGUNJUNG
Hari Ini18
Minggu Ini763
Bulan Ini847
Jumlah Pengunjung40567

2026-03-07