Lawatan Pemantauan ke Projek Tanaman Mangga Harumanis, Kampung Bukit Chabang
Tarikh : 27 November 2025
Tuan Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Perlis telah mengadakan lawatan ke Projek Kelompok Mangga Harumanis Kampung Bukit Chabang bagi menilai tahap kerosakan akibat banjir serta meninjau keperluan tindakan pemulihan di lapangan.
Turut serta :
*Kuasa Usaha Bahagian Biosekuriti Tumbuhan ( BBT)
*Kuasa Usaha Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja(BKRPB)
*AOD Perlis
Jabatan mencadangkan beberapa intervensi termasuk pembersihan saliran, rawatan penyakit akar, serta penambahan bahan organik bagi memulihkan kesuburan tanah. Pemantauan berkala akan diteruskan bersama unit-unit teknikal terlibat.
Dalam lawatan ini, Tuan Pengarah turut menyampaikan sumbangan kepada pengusaha yang terkesan, disumbangkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Pertanian Negeri Perlis sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral kepada petani.