Lawatan Pemantauan oleh Tuan Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Perlis serta Pegawai - pegawai Jabatan Pertanian Negeri Perlis
Tuan Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Perlis hari ini telah mengadakan lawatan pasca banjir bagi menyantuni para petani yang terkesan akibat bencana yang melanda. Lawatan ini bertujuan meninjau tahap kerosakan, menilai keperluan bantuan serta memberi sokongan moral kepada pengusaha yang terjejas.
Jabatan Pertanian Negeri Perlis komited untuk membantu petani bangkit semula dan memastikan pengeluaran pertanian dapat dipulihkan dengan segera.
Semoga para petani terus diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi situasi ini, dan semoga segala urusan dipermudahkan.
HUBUNGI KAMI
Alamat
Kompleks Pertanian Bukit Temiang, KM11, Jalan Kaki Bukit, 02400 Beseri, Perlis.