Seminar Kebangsaan Amalan Pertanian Baik Malaysia Subsektor Tanaman 2026
Jabatan Pertanian Negeri Perlis telah menyertai Seminar Kebangsaan Amalan Pertanian Baik (myGAP) Malaysia SubSektor Tanaman Tahun 2026 yang telah diadakan pada:
Tarikh : 10 Februari 2026
Tempat : Bangi Avenue Convention Centre (BACC)
Seminar ini telah dirasmikan oleh : YB Datuk Chan Foong Hin (Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan)
Delegasi Jabatan Pertanian Negeri Perlis diketuai oleh Pengarah Pertanian Negeri Perlis, bersama Desk Officer Negeri, Auditor myGAP, wakil jabatan serta 10 orang petani myGAP dari Negeri Perlis.
Penyertaan ini bertujuan memperkukuh pelaksanaan dan pemantauan standard myGAP di peringkat negeri, di samping meningkatkan kesedaran serta komitmen petani terhadap amalan pertanian yang selamat, berkualiti dan mampan.
Semoga penglibatan ini memberi impak positif kepada pembangunan subsektor tanaman dan memperkasakan lagi pensijilan myGAP di Negeri Perlis.
HUBUNGI KAMI
Alamat
Kompleks Pertanian Bukit Temiang, KM11, Jalan Kaki Bukit, 02400 Beseri, Perlis.